Khamis, September 18, 2008

Jom Jejak Lailatul Qadr

Ku melangkah dalam 10 malam akhir Ramadhan Mu
Ku hamparkan sejadah buat alas sujudku
Ku nyanyikan ayat-ayat cinta dari Mu
Ku rebahkan hati ini dipangkuan Mu
Ku serahkan jiwa agar sirna segala dosa
Ku tadahkan tangan menggapai redha Mu
Ku rayu ampunan dari Mu
Malam Al-Qadr kurniaan Mu
Suatu anugerah buat ummat Muhammad
Alangkah rugi andai ku sia-sia kan
Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, tetapkan hatiku dijalan Mu, kurniakan ketenangan dalam diriku, berikan petunjuk buat diri ini...andai ku rebah, Kau kuatkan diri ini untuk terus berjuang di jalan Mu Ya Allah!!!

Tiada ulasan: