Sabtu, Oktober 03, 2009

Selepas raya

Hari-hari di sekolah dengan anak murid masih lagi meriah dengan mood hari raya. Soalan yang selalu kedengaran pastinya, "Cikgu, nak duit raya...". Alahai, sayang ooi...ampun maaf dipinta, nak duit raya datang umah la ye lagipun cikgumu ini masih lagi pokai dek gaji belum dapat lagi, insyaAllah bulan Oktober baru dapat untuk 3 bulan gaji, weee...AKU KAYO!!! Hmm, kaya pun kejap je, bayar sana sini habis jugak duit tu.

Sempat juga berpuasa sunat syawal 3 hari je minggu ni, insyaAllah minggu akan datang sambung lagi dan kemudian baru sambung ganti puasa.

Jamuan raya macam biasalah mesti ada punya di sekolah. Hari Jumaat pihak pentadbiran sekolah buat jamuan dengan hidangan soto, nasi beriyani dan roti jala termasuklah kuih raya. Biasa je la...(ceh, macam iklan dalam tv plak). Maksud biasa tu maknanya tak meriah sangat tapi tak juga tak meriah, sambutan yang cukup sederhana tapi puas.

Pagi tadi selepas Latihan Dalam Kumpulan (LDP) dengan semua guru kami buat lagi sambutan hari raya tapi kali ni anjuran guru-guru. Lauknya, masyaAllah, banyak sangat! Chapati, nasi impit, mee hoon goreng, rendang, kuah kacang, kari ayam, kuih-kuih, dan banyak lagi.

Alhamdulillah...dalam kesibukan beraya ni kerja-kerja mesti jalan jugak...tak kiralah kerja sebagai guru, sebagai da'i, sebagai seseorang dalam jemaah, fuh, penat rasanya bila mengenangkan pelbagai komitmen dan tanggungjawab yang masih belum tertunai. Lepas kursus tadi pun banyak juga nak kena buat modul untuk subjek agama tingkatan 1&2, pergh!!!

Apapun bersyukurlah dengan nikmat nyawa yang masih Allah panjangkan untuk terus berkhidmat sebagai khalifah Allah, amin...

Isnin, September 28, 2009

apa nak dikata...

Blog ni dah sekian lama ditinggalkan, berhabuk, bersawang semua ada, siap ada labah-labah lagi buat sarang, uish, teruk, teruk, teruk (baca gaya upin, ipin).

Tetiba je bila raya ni mula balik menulis, insyaAllah will keep on writing and writing and writing and ngeblog...sampai bila??? until when,when la, agi idup agi ngelaban.

Dengan wajah baru berlatarbelakangkan hitam dan tulisan hijau kuning hopefully memberi inspirasi baru untuk terus berkarya walaupun takde la banyak karya pun, yang ada pun bukan best sangat (ceh, merendah diri la plak).

Yang penting, tulis, tulis, tulis, pastu publish...semoga istiqamah!!!

DTP work

Bila la agaknya dapat buat bisnes sendiri secara serius ye??? insyaAllah...ada rezeki adalah nanti...

For the time being buat part time sudah...ada kerja ada la duit...

Kerja-kerja mereka grafik ni takde la susah sangat cuma masa je tak cukup, mana yang sempat je tapi kalau diberi kerja of course la kena buat.

grafik untuk kedai roti pck zainuddin

Berbekalkan software potoshop dan beberapa lagi software sampingan yang lain dapatlah jugak menghasilkan grafik-grafik yang best. Bermula dengan suka-suka tapi lama-lama boleh jadi rezeki tu...insyaAllah, incoming effort might create something for me.

Doa je la...

Sabtu, September 26, 2009

Indahnya sungguh di hari raya...la,la,la...


Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehlah kita pergi berayerrr....

Opah sedara kami yang boleh katakan macam kisah 'burung murai', jenuh kami nak jawab soalan yang sama berkali-kali, apa pun senyum tigeeee (^_^)


Nak kongsi sedikit gambar semasa berkumpul di rumah Mak Yang. Family yang ada cuma Mak Cho+Ayah Cho, Mak Yang, Acik Udin+Mck Maniza, Acik Munah+Pck Sobri, Acik Salleh+Mck Su dan Acik Sani yang belum kawin-kawin lagi (tahun ni baru dapat duit raya dari dia).
Family Mak Nyah+Ayah Nyah je tak ada.

Sepupu-sepupu semua ada kecuali Along Ina, Mamat, Abul dan Dekya. Kak Eni+Abg Ijan+Akid datang bersama adik Abg Ijan tapi akid tido so tak dapat main-main dengan dia. Abg Emi+Kak Farah datang dengan adik-adik Kak Farah. Yang lelain tu for sure la ada.

Mak Yang sibuk di dapur, risau tak cukup lauk, siap gi beli lauk tambahan kat kedai mamak.


Tengok tv sat sambil tunggu masa nak makan.


Tiga sepupu yang berbeza umur tapi muka dah mirip je tiga orang ni, Ajib, Fizi, Munzir.


Oi budak-budak kecik ni sibuk je...Khairullah, Aidil dan Amir


Ha, kan dah kena buli dengan abang besar...nakal lagi.


Fuhh, posing sakan nampak...


Aduh, jenuh la si kecik Aidil ni, asal nampak kamera je nak sambar


Bergambar sebelum semua balik...candid je la, baru syok!


Ni semua cucu-cucu Arwah Atuk Sabran dan Opah Semah, cousin yang besor-besor tak masuk frame.


Asyik bersembang pakcik, makcik aku ni, duit raya mana???


The mama, ummi n mak in the picture.


Flying kiss dari Aidil dan Khairullah, buh-bye, see you next raya (^_^)