Khamis, Oktober 16, 2008

Raya oh raya....

Raya oh raya...
Tahun ni aku beraya di Johor je, tak balik kampung pun macam kebiasaan. Beberapa tahun ni opah-opah kami meninggal dan bila balik kampung pun kadang-kadang tak meriah. Mungkin kami adik-beradik ni ramai so bila kami tak balik kampung habis semua sedara-mara, sepupu-sepupu semua tak balik kampung jugak...

Sehari sebelum raya tak seperti selalu kecoh membakar lemang, merebus ketupat, mengemas rumah, kadang tu ikut mama, abah pergi shopping di pekan parit dan tak lupa ziarah kubur atuk dan opah. Walaupun begitu sehari sebelum raya tu masih juga ada sesi masak-memasak di dapur.

Malam raya biasanya kami di kampung akan buat tahlil dan berkumpul ramai-ramai, best sebab biasanya family lain akan bersalaman di pagi raya tapi kami satu family buat malam raya. Pernah juga buat ala-ala KBM siap buat video khas atuk dan opah, syahdu betul...

Tapi tahun ni.....kami buat tahlil di rumah je cuma sebelum bermula tahlil tu boleh plak ter'online' dengan dek ya atau bazilah, our cousin di Gombak, pergh kecoh, habis semua berbual, paling syok siap request duit raya dipos lagi, hu,hu,hu, almaklum tahun ni tak jumpa pakcik, makcik so takde la duit raya macam raya-raya sebelum ni.


Di pagi raya...here you are...bergambar sana sini. Lepas solat raya, sementara tunggu pak long dan keluarga datang ke rumah, kami bergambar sakan...dari dalam rumah sampai ke luar rumah...tapi memang kami belum berpeluang nak bergambar satu family sebab masing-masing dah tinggal di asrama so kadang-kadang sorang balik rumah, sorang nak balik ke asrama semula, boleh kata susah jugak la nak jumpa serentak semua sekali. Kalau bagi aku dapat berkumpul bersama untuk tahhun ni cuma waktu 31 Ogos dan raya ni je la...

Lepas beberapa snap satu family, ni the guys only...Ehsan di Kolej Tinggi Kemahiran Mara, BP, Umair di Kolej Komuniti, PG, Amin yang unknown the status, dan Munzir masih form 3 di SMIH. Abah...no need to introduce, lots of people know him...duh...

Bila ada guys, girls pun mestilah ada kan...Nadiah masih form 5 di SMIH, hafizah ni...Hajar di UiTM, Segamat, Ida masih form 2 di SMIH dan Kautsar darjah 6 di SRIH. Aku plak...hmm...nak rahsia ke nak cerita ek??? nantilah story dalam thread lain.


Abah dengan mama pun nak jugak tu...tapi gambarnya memang best. Bila lagi nak bergambar dengan baju melayu siap samping dan songkok kan...

Tunggu punya tunggu, akhirny Pak Long dan family sampai...Pak Long dan Mak Long dengan dua puterinya, Asma Amanina dan Asma Khairina. Family Pak Long ni walaupun bukan sedara sedarah sedaging tapi dah macam family sendiri jugak la. Dari aku kecik sampai la dah besar, siap jadi AJK sama-sama dalam satu medan dakwah lagi sekarang ni...woah...lama jugak family kami dan Pak Long bersama.

Teringat lagi waktu mama dan abah pergi haji, Ya Allah, Tuhan je la yang tahu betapa susahnya kalau mama dan abah tak ada dan Pak Long tempat kami bergantung dan mengadu setiap hal dan masalah, boleh kata setiap hari dia check kami adik-beradik. Pak Long always Pak Long to us forever...

Raya pertama tu selesai Pak Long balik, kami ke rumah Cik Nah, makcik paling dekat dengan kami, dia yang jaga kami adik-beradik dari lahir sampai la dia kahwin...lepas tu beraya balik umah Pak Long tapi bukanla rumah dia, rumah mak ayah dia.

Raya kedua ni ibarat raya bersama kawan plak...sebab rancangnya nak ke rumah Makcik Yong tapi takde plak...so kami ke rumah kawan Hajar, Rahmah di Bukit Rinting, mak ooii, orang keturunan Arab ni memang lawa-lawa belaka...comel-comel plak tu...kemudian bila malam kami ke rumah kawan kami zaman kecik-kecik dulu...

Ridwan, Rashidah, Radhi, Roqayyah, Razif, Ruzaini. Diaorang ni kawan kami zaman kecik-kecik waktu kami tinggal di Kampung Kastam. Sekolah sama-sama, main sama-sama, buat nakal sama-sama tapi bila aku masuk darjah 5 kami satu family pindah dan sejak itu kami tak jumpa lagi cuma bila dah tejumpa Rashidah dalam friendster tu yang terasa why not jumpa di hari raya ni. Masing-masing dah besar, nak borak-borak pun segan tapi aku buat selamba jugak la kalau tak memang tak berbual la nampaknya...

Hari seterusnya kami beraya ke rumah Pak Uteh...mak ai, ni la pizza buatan Mak Uteh, sedappp...Pak Uteh ni bak kembar Pak Long, memang best jugak dengan Pak Uteh.

Cerita aku beraya rumah orang sudah...bagi yang datang beraya tu entah tak ingat bila tapi aku masih ingat yang dah sampai ke rumah aku adalah Pak Long, Cik Nah, Makcik Yong, Hafiz Bai, kanak-kanak di taman ni termasuk anak-anak cina tau!

Raya tahun ni bukan sekadar beraya bersama keluarga sendiri tapi bersama dengan keluarga kedua aku, keluarga KRJJ plak...round-round JB ziarah raya plak...

Sabtu, September 20, 2008

Kini tiba aku bergraduasi

The picture shows everything...

Lambat la plak konvo USIM tahun ni...tak kisah la...yang penting ada konvo, dapat skrol, he,he,he...

Rasa macam sekejap je 4 tahun di USIM. Waktu baru masuk rasa macam lama, nak sangat cepat-cepat habis tapi bila dah habis ni rasa rindu la plak...

Program paling best pernah aku anjurkan...iCEPS 2008 (kenangan terindah bersama teman sekuliah bersama En. Agoos dan Pn. Hazlina tercinta, muaahh)

Jawatankuasa paling best yang pernah aku terajui...Sekretariat FEM (really helped me become someone, thanks Pn. Adlina, Kak Yanee, Cik Shikin, En. Hekal, Kak Sila, Dekan & former Dean a.k.a TNC Academic currently)

Program yang sentiasa dalam ingatan...Lawatan ke Beijing (the hardship was very meaningful, Naz, Firdaus, Ira, Maira, Syakir, Kassim, Amri, and others, not forgetting Ustaz Lah and Puan Suhaila)

Asrama paling best...Nilam Court (that's where i learnt many things...Cik N, Ustaz Manan, Kak Aisah, En. Khairi, JAKSANC da' Pioneer)

Senior yang paling best...Selai, Abg Samir, Kak Seha, Kak Wannaz dan ramai lagi (thanks for everything!!!)

Kawan-kawan paling best...teman sekuliah FEM batch 2004/2008 (i love all of you n missing everyone!!!)

Apa lagi yang best??? ah, banyak sangat!!! boleh kata semuanya aku suka dan semuanya kini tinggal memori yang sentiasa menjadi kerinduan dalam hati...

Selamat bergraduasi buat diriku dan teman sekuliah FEM 2004/2008, TAHNIAH!!!

Jumaat, September 19, 2008

Obsesiku

Apa ek? Meng'edit' gambar dan buat video...he,he,he...baru ni jumpa plak photoscape, mcm best tapi tak sempat nak explore lagi...

Entah macam mana ada orang ambik kesempatan plak...nak mintak edit gambar-gambar dia pulak...amboi, macam la aku takde keje lain...takpe la kawan punya pasal tapi teringin jugak nak kenakan dia balik, hmm....tunggu 30hb ni eh....

Sementara ada masa dan kudrat, biar aku buat keje-keje yang kadang-kadang ada faedah, kadang-kadang takde faedah ni...eh, insyaAllah berfaedah lagi-lagi untuk keje dakwah ni. Lepas raya ni lagi sibuk rasanya hidup aku dengan waktu keje 8.30-6.15 plak...huhuhu...

Keje dengan JKPR, keje dengan KRJJ, keje dengan KBM, lagi??? keje untuk diri sendiri...

I need my own space, please...!!!

Ya Allah, berikanlah aku kelapangan untuk aku terus beribadat kepadaMu dan menjalankan tanggungjawabku sebagai KHALIFAHMU...amin...

i need a break...breakaway suits me, hmm...


Breakaway by Kelly Clarkson

Grew up in a small town
And when the rain would fall down
I'd just stare out my window
Dreaming of what could be
And if I'd end up happy
I would pray (I would pray)

Trying hard to reach out
But when I tried to speak out
Felt like no one could hear me
Wanted to belong here
But something felt so wrong here
So I would prayed I could break away

I'll spread my wings and I'll learn how to fly
I'll do what it takes til' I touch the sky
And I'll make a wish
Take a chance, make a change
And breakaway

Out of the darkness and into the sun
But I won't forget all the ones that I love
I'll take a risk
Take a chance, make a change
And breakaway

Wanna feel the warm breeze
Sleep under a palm tree
Feel the rush of the ocean
Get on a fast train
Travel on a jet plane, far away (I will)
And breakaway

Buildings with a hundred floors
Swinging around revolving doors
Maybe I don't know where they'll take me but
Gotta keep moving on, moving on
Fly away, breakaway

I'll spread my wings and I'll learn how to fly
Though it's not easy to tell you goodbye
I gotta take a risk
Take a chance, make a change
And breakaway

Out of the darkness and into the sun
But I won't forget the place I come from
I gotta take a risk
Take a chance, make a change
And breakaway, breakaway, breakaway

I wish i could breakaway freely...it's hard when you have to face many challenges before we can reach what we dream of, right? For me, breakaway for me is just breakaway from whatever people say about me, from everything that stop me to achieve what i want in life and of course breakaway from current 'bebelan' kat umah ni...hu,hu,hu...