Jumaat, Jun 06, 2008

LEADERS

Alhamdulillah...selesai juga LEADERS tahun ni...

LEADERS tu apa???

LEADeRs (Latihan Ekstensif Dakwah dan Kepimpinan Remaja Musleh) ialah program JK Pembangunan Remaja (JIM Pusat) dan merupakan rangkaian kepada Projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) ke arah membentuk takungan remaja cemerlang bermula dari tingkatan 3 hinggalah mereka masuk ke IPT. Dalam tempuh dua tahun tersebut remaja yang terpilih untuk mengikuti projek PRODUCE akan melalui program berikut iaitu X-REK, LEADeRs, X-PERT, X-CEL, MHI, EMI...best kan?

Untuk LEADeRs kali ni banyak juga pengisian yang boleh dimanfaatkan oleh adik-adik ni dan nampak adik2 peserta terutama dari Johor cukup Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!!!

Kami bertolak dari Skudai pada Isnin, jam 11.40 malam dan kami tiba di KL jam 3 pagi!!! waduh nak kemana haluan kaki2 kami??? Pudu raya pun tutup, kosong, xder orang...Akhirnya kami berjalan beramai-ramai ke Masjid Jame' dengan harapan boleh lepak kat Masjid tu tapi......hu,hu,hu....masjid tutup jadi kami terpaksa melepak di tepi jalan menahan mata yang mengantuk. Lebih kurang 5pg baru kami berpeluang masuk ke Masjid dan tidur sekejap sebelum azan subuh.

Lepas subuh kami meneruskan perjalanan ke tren LRT Putra untuk ke Setiawangsa tapi ntah macam mana, selipar sorg adik ni hilang di masjid, tapi dapat balik bila di cari. Kira-kira 7pg kami sampai di Setiawangsa, eh,eh, macam ku kenal manusia dua org ni...rupa-rupanya Amin (my bro) n Acap Amin...fasi untuk LEADeRs.

Kami berjalan dan oleh kerana depan masjid tu ada kedai makan so kami sarapan dulu, biasalah kedai mamak, ikutkan taknak je masuk tapi lapar punya pasal n takder kedai lain, makan je la. 7.30pg kami bergerak ke Masjid dan bersiap.

Lepas pendaftaran adik2 dah sibuk dengan prgm dan aku...biasalah lepak-lepak je dengan pengiring lain. Nasib baik ada majalah n buku buat pengisi masa lapang tapi boring tu tetap terasa.

Pengisian overall mmg best, rasanya sesuai untuk adik2 tu dan harapnya adik2 ni dapat manfaatkan LEADeRs untuk menjadi LEADERS...ni pun nak tuntut prgm dari adik2 ni dari xtvt Agenda Bertindak diaorg, he,he,he...yang agak kekurang tu dari pengurusan prgm kot...aku tak tau situasi kat KL cemana tapi mmg nmpk sangat Bai tak terbuat semua kerja, sian...

Tamat je prgm kami bergerak pulang. Dek kerana bas pukul 5.30ptg so sempat juga bawak adik2 perempuan g jalan2 kat Masjid India...hmm, biasalah, yg tak pernah pergi mmg rambang mata. Adik2 lelaki lepak je kat Masjid Jame', malas nak berjalan, lgpun hujan...

Bila dah naik bas semua lepak habis, tido!!! Penat sangat la tu...penat mental, he,he,he...sampai di Skudai jam 9.30mlm...aku pun penat jugak tapi alhamdulillah semuanya ok.

Congrats pada semua terutama penganjur, Bai n Wan Am, pengendali2, Dhany, Mujahid, Auzan (great pengisian), fasi2, pengiring, adik2 peserta terutama adik2 Johor (great effort!!!)

Isnin, Jun 02, 2008

What a 'SERABUT' life!!!

Semasa tangan ini menaip...kepala teramat la sakit...perut lapar...mata dah pedih...aduh, apa kena la aku ni...cultural shock agaknye...tetiba je satu badan, fizikal, mental terdera dek kerana agenda2 yang bertalu-talu kena attend dan uruskan. Ambik kau!!!

Xperla...dah namanya pun workaholic, nk buat cemana kan...

Last week sibuk dengan planning bisnes, duit iCEPS, alumni.....hujung minggu plak berKONTARN tapi sebelum program dah kena designkan tag (oklah tu diterima w/pun ada tgn gatal edit2 lagi) dan buatkan chart utk bengkel JKPR, biasalah tolong abah tu dah jadi rutin rasanya...Balik dari KONTARN pi rehlah plak, bukan takat pi tapi kena organize, hu,hu,hu, letihnya badan...

Pagi tadi ke Menara Ansar utk daftar syarikat...well now i'm the owner of INSPIRE MISSION, he,he,he....insyaAllah dalam usaha untuk memantapkan fikrah bisnes dalam minda org2 islam sekarang...Petang...baru jap tadi pi shopping barang2 rumah, aduh, macam nak collapse je kat Tesco tadi, pening sangat kepala!!! tapi tahan je la...balik ni lepak2, ngadapa komputer jap, update blog ni, bukak email, reply apa yg patut....lps ni tiga hari la tak jumpa internet, hu,hu,hu, tggula sampai dapat beli broadband nnt ^_^

Malam ni nak ke KL plak, jadi pengiring adik2 untuk ke LEADERS, hmm, ramai la lagi manusia yang akan aku jumpa kat sana nnt...well, selangkah aku dah ambil untuk terus dalam dakwah jadi doakan agar aku terus istiqamah dan mara ke depan...ilal amam...

Serabut ke, busy ke...yang penting aku tau mana priority, mana yang utama, keje pun siap, that's all. Ya, Allah, beri kekuatan dalam diri ini Ya, Allah...

Rehlah PEwaris + oTAI (PETAI)

Alhamdulillah dapat jugak buat rehlah bersama pewaris dan otai2 KRJJ. Rasa lama sangat tak jumpa semua.

Bila habis KONTARN tak sempat2 nak makan dulu, terus cabut je dari hotel ke Taman Rekreasi Impian Emas (tq Asyraf for the lift n stuff for the xtvt).

Kesian tengok adik2 yang bertungkus lumus ber'BBQ', penat je buat bara tapi endingnya dibasahi hujan....nak buat cemana....kita merancang, Tuhan menentukan....tapi alhamdulillah dapat juga berjalan xtvt w/pun sempoi je (ampun...tak prepare sangat)

Makan2, main game kejap, solat asar pastu balik umah....aduh letih!!! tapi seronok!!! kenapa???

SEBAB inilah nikmat ukhwah kerana Allah, nikmat iman kerana Allah...

Pada committee utk rehlah, good job, kita dah buat semampu mungkin, akak sendiri minta maaf kalau tak sempat nak tolong u all sangat, insyaAllah we'll do better next time. (^_^)

KONTARN 2008

KONTARN 2008. Besarnya program yang aku ikut ni...rasa mcm tak layak je nak pergi tapi alhamdulillah, ada manfaatnya jugak dalam diri.

Hujung minggu baru-baru ni (31 Mei-1 Jun) sempat ke KONTARN di Hotel GoodHope, Skudai.

Kalau orang lain sibuk menganjurkan KONTARN, aku pulak tengok dan jadi peserta saja, waduh tak aci rasanya tapi dek kerana sedar akan kedudukan sekarang yang sudah tamat belajar dan diri sendiri pun baru nak membaik pulih sistem tarbiyah dalam diri so terpaksa memaksakan diri menjadi peserta KONTARN.

Alhamdulillah, terasa segar rasa minda, semangat untuk terus dalam dakwah semakin berkobar-kobar dan harapnya ia akan istiqamah. Melihatkan pakcik2 dan makcik2, kakak2 dan abg2, mmg terasa kerdil sangat diri, layak ke aku berada dikalangan mereka??? tapi takper, kuatkan semangat jugak!!!

Bila berakhir KONTARN memang terasa tak rugi. banyak input, banyak pendedahan, banyak SEGALA-GALANYA!!!

Apa yang aku dapat tu biarlah tetap dihati, dapat diamalkan kelak....sesungguhnya nikmat iman itu tak terhingga manisnya....